Selasa, 14 Januari 2014

bersediakah kita menuju wawasan 2020?

wawasan 2020 semakin menghampiri kita, wawasan dan tahun yang mana diuar - uarkan akan menjadikan malaysia sebuah negara maju yang mempunyai pendapatan perkapitanya tinggi, mempunyai pembangunan yang pesat dan bangunan -bangunan serta kemudahan - kemudahan yang bertaraf dunia. tidak dilupakan juga, negara maju ini, masyarakatnya perlulah mempunyai pemikiran serta gaya hidup yang lebih baik, bersatu padu, toleransi, serta tidak mementingkan diri sendiri .  kalau mengikut tahunnya kita hanya mempunyai lebih kurang 6 tahun sahaja lagi untuk mencapai taraf negara maju pada tahun 2020. persoalannya sekarang ini, adakah kita telah bersedia untuk mencapai wawasan 2020?
Terlalu banyak isu yang diketengahkan pada masa ini. Isu kalimah Allah, isu azan, isu pembinaan kuil, isu kepimpinan, kenaikan harga barang, dan sebagainya yang berlingkaran dikalangan rakyat malaysia. Ada rakyat yang berasa takut dengan keadaan ini hanya mendiamkan diri tetapi ada juga yang lantang bersuara menentang keadaan pada masa sekarang. 
Sebenarnya, semakin banyak kita bersuara semakin banyak kepincangan kita yang terbuka. Yang takut untuk bersuara bukan takut untuk menentang tetapi masih lagi dalam keadaan tnggu dan lihat yang mana mereka masih yakin dengan kepimpinan sekarang dan mereka akan bersuara melalui kertas undi nanti. Yang lantang bersuara pula kadang-kadang hanya dilihat sebagai omongan kosong yang banyak mempunyai kepentingan peribadi sendiri. Kita sebenarnya masih memerlukan masa untuk wawasan 2020. Masa yang diperlukan bukan untuk terus maju tetapi kita memerlukan masa untuk perpaduan. Semakin hari hubungan kaum di negara kita semakin renggang. Kita semakin lupa untuk mengamalkan sikap toleransi, hormat menghormati dan membantu antara satu sama lain. Masing masing menuduh antara satu sama lain, provokasi antara kaum semakin kuat. Semua perkara ini lambat laun akan menyebabkan kita semakin jauh dan boleh menyebabkan perbalahan antara kaum. 
Kita perlu mengelakkan berlakunya perpecahan antara kita. Kita perlu mengambil langkah - langkah awal supaya perpecahan dan syak wasangka antara kita dapat dibendung. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

1) memperkasakan sekolah kebangsaan. Mewujudkan satu mata pelajaran tentang perlembagaan malaysia.

2) mengatur kembali pecahan penduduk di sesuatu kawasan supaya keseimbangan antara kaum di kawasan yang di duduki adalah sama.

3) mewujudkan satu jawatan kuasa khas antara kaum yang mana di anggotai oleh semua kaum dan semua parti politik.

4) menghapuskan ekstrim ekstrim kaum yang konon kononnya memperjuangkan hak kaum masing- masing.

5) memperkasakan kembali rukun negara. 

6) menghapuskan ngo - ngo yang terlalu ekstrimis.

Semua rakyat di Malaysia sangat diperlukan untuk merubah Malaysia kearah sebuah negara maju menuju wawasan 2020. Wawasan yang bukan sahaja untuk melihat pembangunan fizikal, tetapi pembangunan dari segi emosi, pemikiran dan perpaduan. Semoga kita terus aman dan bersatu di bawah jenama 1 malaysia menuju wawasan 2020.